Anwar tegaskan video tular dan dakwaan terhadap Farhash hanya persepsi bukan bahan bukti

KOTA KINABALU — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan bertindak berdasarkan persepsi atau video tular sebaliknya hanya berpandukan bukti kukuh.

Anwar berkata, meskipun banyak dakwaan dilemparkan terhadap pemimpin termasuk dalam Kerajaan Perpaduan, tindakan hanya boleh diambil sekiranya wujud bukti jelas dan dokumen sah.

“Saya bekerja dengan pelbagai pihak, termasuk yang pernah dikaitkan dengan rasuah. Tetapi itu soal persepsi.

“Jika ada bukti dan pengisian yang disahkan, itu garis merah saya. Kalau hanya kerana video atau dakwaan kosong, saya tidak boleh buat keputusan,” katanya pada Majlis Sarapan Pagi dan Sembang Santai Pengamal Media Sabah bersama Perdana Menteri di The Magellan Sutera Resort, pagi tadi.

Beliau turut menafikan dakwaan kononnya tanah seluas 72 ekar di Sabah diberikan kepada Farhash Wafa Salvador.

“Dia kata kawan baik saya Farhash dapat 72 ekar. Katanya tanah itu diberi kepada dia. Saya terus tanya Datuk Seri Hajiji, jawapan dia,tidak ada. Sebab itu saya arahkan SPRM siasat balik, semak semula,” katanya.

Anwar turut menekankan bahawa tuduhan selektif tidak berasas kerana kerajaan turut mengambil tindakan dalam kes berskala besar termasuk membanteras kartel penyeludupan kontena haram di pelabuhan.

Menurutnya, rasuah di Malaysia bersifat sistemik dan memerlukan pembaikan menyeluruh.

Anwar menegaskan, hanya tindakan berdasarkan bukti boleh mempertahankan prinsip keadilan dan kestabilan negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat