Calon dah kenal pasti, BN siap sedia 100 peratus hadapi PRN Sabah – Zambry

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadual berlangsung pada hujung bulan ini.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, BN juga telah mengenal pasti calon-calon yang akan bertanding.

“Secara keseluruhannya boleh saya sebutkan bahawa persiapan di peringkat Barisan Nasional sudah pun bersiap sedia.

“Tentunya kita sudah pun mengenal pasti calon-calonnya termasuk membuat persiapan-persiapan yang diperlukan termasuklah mengenal pasti calon-calonnya,” katanya.

Zambry berkata demikian selepas sesi santai dan walkabout bersempena Festival Idea Putrajaya (FOI) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Isnin.

Beliau turut menegaskan bahawa BN komited untuk memastikan kesiapsiagaan jentera parti di semua kawasan yang akan ditandingi, selaras dengan semangat kerjasama bersama kepimpinan negeri Sabah.

Mengulas lanjut, BN katanya telah membuat persiapan rapi yang mana persiapan di peringkat parti telah disiapkan sepenuhnya dan kini hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan nama-nama calon yang akan bertanding.

“Perbincangan berkaitan calon dan strategi pilihan raya juga telah diadakan bersama kepimpinan negeri.

“BN menghormati autonomi yang dimiliki oleh Sabah, namun tetap menjalankan perbincangan secara bersama bagi memastikan kesepakatan dan kelancaran dalam menghadapi pilihan raya ini,” katanya lapor Astro Awani.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan, manakala enam lagi Ahli Dewan Undangan Negeri yang dilantik.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon PRN Sabah pada 15 November ini, manakala tarikh pengundian awal dan hari pengundian masing-masing pada 25 dan 29 November.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat