Malaysia bangsa berani nyatakan kebenaran secara berdepan, Anwar gesa Trump pastikan Israel patuh gencatan senjata

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bersemuka dengan Presiden Donald Trump menuntut agar Amerika Syarikat (AS) memastikan rejim Israel mematuhi gencatan senjata di Gaza.

Anwar menyatakan kepada Trump bahawa Malaysia percaya dengan kepimpinan Presiden AS itu mampu membawa kedamaian kepada Gaza.

“Di hadapan Presiden Donald Trump, saya membawa pendirian Malaysia dan suara para pejuang keadilan dari seluruh dunia, menuntut agar Amerika Syarikat memastikan rejim Israel mematuhi gencatan senjata di Gaza.

“Kita bukan bangsa yang bersembunyi di sebalik laungan dari jauh. Kita berani menyatakan kebenaran secara berdepan demi keamanan yang berkekalan di bumi Palestin,” tegas Anwar.

Anwar sebelum itu memberitahu beliau menzahirkan penghargaan kepada Presiden Trump atas komitmen beliau dalam memajukan Pelan Damai Gaza, yang diharap dapat menyelamatkan nyawa rakyat Palestin.

“Mesej saya jelas, Palestin harus selamat, merdeka dan berdaulat.

“Malaysia tetap teguh dengan prinsip kemanusiaan sejagat, memperjuangkan keamanan yang adil dan berkekalan, memperkukuh solidariti ASEAN, serta mengangkat martabat Malaysia sebagai jambatan ke arah dunia yang aman, makmur dan bermaruah,” kata Anwar.

Perdana Menteri turut bersyukur pertemuan Trump berlangsung dalam suasana yang terbuka, jujur dan produktif.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat