Saifuddin tawar Tuan Ibrahim guna Pusat Khidmat Parlimen, sokong penuh kepimpinan

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang menggantikannya.

Beliau turut memaklumkan sudah menghubungi Tuan Ibrahim atas pelantikan itu dan menyatakan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Timbalan Presiden Pas berkenaan.

“Walaupun saya bukan lagi Pengerusi PN Pahang, saya ingin menawarkan Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota terus digunakan sebagai Pejabat Sekretariat Wakil-Wakil Rakyat PN Pahang.

“Saya yakin pelantikan Datuk Seri (Tuan Ibrahim) sebagai Pengerusi PN Pahang dan sebelum ini pelantikan Datuk Abdul Khalib Abdullah sebagai Ketua BERSATU Pahang adalah sebahagian proses penampilan wajah-wajah segar bagi memperkukuhkan lagi PN Pahang dalam merealisasikan matlamat ‘PN Teraju Pahang’,” katanya dalam kenyataan media lapor media di Kuantan.

Dalam kenyataan PN malam tadi, Saifuddin dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli masing-masing digugurkan jawatan sebagai Pengerusi PN Pahang dan Perlis.

Jawatan pengerusi bagi kedua-dua negeri itu kini disandang oleh Tuan Ibrahim Tuan Man (PN Pahang), manakala Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN Perlis).

Pelantikan itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (MPTN) yang bersidang malam tadi dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat