40 peratus hasil Sabah diputuskan mahkamah bukan ihsan politik – Salleh Keruak

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mengingatkan, keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menegaskan bahawa hak 40 peratus hasil negeri adalah hak Perlembagaan, bukan ihsan politik.

Bendahari Umno Sabah itu tegas menyatakan, orang Sabah mesti diutamakan dalam mempertahankan hak dan menentukan masa depan sendiri.

“Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan menjamin 40 peratus daripada hasil bersih yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan dari Sabah.

“Ini bukan sumbangan atau rundingan baharu — ia kewajipan perlembagaan yang menjadi asas keadilan dalam Persekutuan Malaysia,” tegas Adun Usukan itu.

Menurut Salleh lagi, janji yang termeterai pada tahun 1963 mesti diterjemah kepada tindakan.

Bahkan kata beliau, kerjasama dan saling menghormati antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung adalah asas kepada kekuatan negara.

“Sabah perlu memperkukuh keupayaan sendiri dalam kewangan, pentadbiran dan perancangan ekonomi.

“Setiap hak yang diperjuangkan mesti membawa manfaat nyata kepada rakyat.

“Dalam hal ini, Orang Sabah mesti bersatu. Menegakkan hak bukan soal konfrontasi, tetapi soal maruah dan keadilan.

“Melalui kesatuan dan kematangan, kita dapat menempatkan Sabah di tempat yang sewajarnya dalam Persekutuan Malaysia,” seru Salleh.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat