YWM meterai LOI dengan tujuh rakan industri kukuhkan ekosistem wakaf

Oleh Zihan Zari

KUCHING – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) memeterai Surat Hasrat Kerjasama (LOI) bersama tujuh rakan industri tempatan dan dua dari Singapura sempena World Zakat and Waqf Forum (WZWF) 2025 di Hikmah Exchange, Jalan Haji Taha, Satok di sini, dekat sini baru-baru ini.

YWM diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Ridzwan Bakar dan disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM, Dato’ Setia Dr. Mohd Naim Mokhtar.

YWM dalam kenyataannya berkata, kerjasama ini bagi memperkukuh ekosistem wakaf di Malaysia melalui pelbagai inisiatif berimpak tinggi merangkumi sektor kesihatan, pendidikan, sosial, dan teknologi digital.

Tujuh rakan industri itu yang telah memeterai LOI :

  1. Highfield Healthcare Sdn. Bhd. yang akan membangunkan Hospital Pakar Patuh Syariah Bercirikan Wakaf (Semenyih Specialist Hospital) yang mengintegrasikan aspek fizikal, mental, dan spiritual.
  2. Pahang Gold Sdn. Bhd. yang menjalankan pembangunan platform infaq dan wakaf emas bagi memberi peluang kepada masyarakat beramal melalui aset emas).
  3. Sedania As Salam Capital (SASC) yang akan menggunakan teknologi digital bagi meningkatkan dana wakaf dan infaq melalui produk kewangan Islam.
  4. Emaan Catalyst Community (ECC) yang akan melaksanakan projek wakaf berasaskanpembangunan komuniti dan social enterprise secara lestari.
  5. Lokalities Group Sdn. Bhd. yang menjalin kerjasama dalam penyediaan dan pengagihan makanan di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) YWM seperti Program Infaq Sabil di Mekah.
  6. Sekretariat Infaq Nasional (SINA) yang akan melaksanakan Program Infaq Nasional dengan kutipan dana infaq bulanan minimum RM10 bagi tujuan kebajikan masyarakat.
  7. Kowabunga Global Pte. Ltd. yang menjalankan kolaborasi dalam sektor pendidikan berasaskan pendekatan Values-First yang menekankan pembangunan karakter dan sahsiah pelajar.

Kata kenyataan itu, kerjasama strategik ini bertujuan memperluas pelaksanaan projek wakaf secara holistik dan mampan, selaras dengan visi Pelan Transformasi Al-Falah serta prinsip Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan dan nilai ihsan dalam masyarakat.

“YWM amat menghargai usaha dan komitmen semua rakan industri dalam menjayakan agenda pemerkasaan wakaf di Malaysia.

“YWM berpandangan kolaborasi ini bakal membuka ruang dan potensi kepada pelbagai inovasi sosial berasaskan wakaf yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, ”katanya lagi.

Dalam pada itu, YWM merancang untuk menubuhkan hospital waqaf di setiap negeri, sebagai sebahagian usaha memperluaskan manfaat wakaf dalam sektor kesihatan negara.

Hospital Wakaf merupakan antara projek utama yang digerakkan melalui kerjasama strategik dengan pelbagai pihak tempatan dan luar negara bagi memperkukuh pembangunan waqaf di Malaysia.

Pada 30 September lalu, YWM dengan kerjasama Highfield Healthcare Sdn.Bhd. telah melakar sejarah baharu melalui Majlis Pecah Tanah Pembangunan Hospital Pakar Patuh Syariah Bercirikan Wakaf Pertama di Malaysia.

Hospital ini bakal dibina dan dijangka siap pada 2028, akan beroperasi berlandaskan prinsip syariah dan model wakaf yang distrukturkan demi kelestarian dan misi sosial.

Majlis Pecah Tanah Pembangunan Hospital Pakar Patuh Syariah Bercirikan Wakaf Pertama di Semenyih itu telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Seri Hj. Fadillah Yusof.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat