Selepas Ruji, Jamawi pula dilamar PKR?

KOTA KINABALU, — Selepas pengumuman Datuk Ruji Ubi sebagai calon Pakatan Harapan (PH)–PKR di DUN Merotai, kini timbul khabar bahawa Ketua Gagasan Rakyat Sabah (GRS) DUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar turut dilamar untuk bertanding atas tiket PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Menurut sumber GRS, nama Jamawi dikatakan dicadangkan sendiri oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi memperkukuh kehadiran PKR di kawasan pedalaman Sabah, khususnya di Tenom dan Keningau.

Cadangan itu difahamkan turut mendapat restu Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, sebagai sebahagian daripada strategi memperkukuh kerjasama antara GRS dan PH dalam blok kerajaan perpaduan negeri.

Bagaimanapun sumber yang rapat dengan Jamawi mendakwa bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO itu belum membuat sebarang keputusan muktamad.

“Jamawi tampak berbelah bagi kerana beliau nampak semacam kena berpindah parti lagi. Namun beliau mempertimbangkan cadangan tersebut dengan serius kerana permintaan tersebut datang dari Perdana Menteri dan Ketua Menteri sendiri,” ujar sumber tersebut kepada SuaraTV.

Jamawi sebelum ini pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong selepas menang atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri 2018.

Beliau bagaimanapun menyertai Warisan dalam satu pergolakan politik Sabah selepas pilihan raya 2018.

Pada tahun 2020 Jamawi membuat keputusan meninggalkan Warisan menyertai UMNO semula.

Bagaimanapun dalam PRN 2020 selepas penyertaan beliau ke dalam UMNO, beliau dicalonkan di DUN sebelah, DUN Melalap namun tewas kepada Datuk Peter Anthony (Warisan) dengan majoriti 1,719 undi.

Dalam PRU ke-15, Jamawi diberi laluan untuk bertanding dalam Parlimen Tenom atas tiket BN walaupun kerusi tersebut pada asalnya adalah kuota GRS dalam persetujuan GRS-BN pada 2022.

Kini sebagai Ketua GRS DUN Melalap, Jamawi dilihat sebagai tokoh yang mampu menarik sokongan pengundi luar bandar dan belia di kawasan pedalaman.

Sekiranya langkah ini menjadi kenyataan ia bermakna Perdana Menteri sedang menjalankan pembaharuan dalam PKR dan PH Sabah membawa tokoh-tokoh muda dan berwibawa sebagai kepimpinan akan datang. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat