YWM santuni penduduk Teluk Intan, dekatkan manfaat wakaf kepada rakyat

Oleh Zihan Zari

TELUK INTAN – Program Santuni Komuniti Madani Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bukan sekadar menyampaikan sumbangan, malah menjadi jambatan ukhuwah antara YWM dengan masyarakat di samping memperkukuh kefahaman tentang wakaf sebagai pemacu pembangunan komuniti dan khazanah warisan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Dr. Ridzwan Bakar berkata, seiring dengan prinsip Wakaf Membangun Malaysia Madani, YWM komited untuk mendekatkan manfaat wakaf kepada rakyat.

Beliau yang mewakili mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyempurnakan Program Santuni Komuniti Madani dekat sini, baru-baru ini.

Turut hadiri, Orang Besar Jajahan Hilir Perak, Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota, Dato’ Dr. Haji Meor Redwan Mahyudin.

Teluk Intan menjadi lokasi program memandangkan YWM kini dalam peringkat awal mengenal pasti serta menjalankan kajian bagi pewujudan produk wakaf baharu yang berteraskan warisan negara, selain mempunyai banyak tapak peninggalan bersejarah yang menjadi khazanah warisan.

Dr. Ridzwan berkata, program ini merupakan satu usaha menghubungkan elemen warisan dengan kebajikan, supaya wakaf dapat dipromosikan kepada masyarakat setempat secara inklusif dan berimpak tinggi.

“Penganjuran program ini dengan kerjasama Pejabat Orang Besar Jajahan Hilir Perak dan Kumpulan Imarah Masjid Melayu Teluk Intan adalah bertepatan dengan nilai teras Malaysia Madani iaitu Kemampanan dan Ihsan, ”katanya.

“Selaras itu, YWM mengambil inisiatif untuk menyantuni komuniti sekitar Teluk Intan sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

“Program ini turut memberi peluang kepada YWM untuk menjejaki khazanah warisan bersejarah di sekitar Teluk Intan, selain pelbagai bentuk bantuan untuk sekolah, surau, masjid dan barangan asas untuk golongan yang memerlukan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM107,940.00 telah diagihkan, ”katanya lagi.

“Selain itu, rakan strategik YWM iaitu Bank Rakyat juga turut berbesar hati menyediakan peruntukan sebanyak RM30,000 bagi tujuan pemasangan solar di Masjid Melayu Teluk Intan,”ujarnya.

Dalam pada itu, YWM dengan kerjasama PTPTN turut menyampaikan biasiswa Al-Falah di bawah produk myWaqafPTPTPN kepada dua orang mahasiswa dengan jumlah tajaan sebanyak RM26,363.59.

Turut dilancarkan sebuah aplikasi pintar iaitu MasjidNet Superapps yang dibangunkan oleh kumpulan penyelidik dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat serta Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) .

“Menerusi pembangunan ini, YWM berperanan penting dalam menyokong pembangunan aplikasi, pelaksanaan, perluasan serta pengukuhan inisiatif pendigitalan wakaf di seluruh negara, ”tambahnya.

Tambahnya lagi, penghargaan diberikan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program iaitu Kerajaan Negeri Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak, Jabatan Agama Islam Perak Negeri Perak (JAIPk); Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Selain itu, Majlis Perbandaran Teluk
Intan (MPTI); Guru Agama Dakwah Teluk Intan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ; Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat