Cyberjaya – HONOR sekali lagi mencipta sejarah apabila Siri HONOR X9 dinobatkan sebagai ‘Telefon Pintar Kelas Pertengahan Paling Laris’ oleh ASEAN Records, sebuah organisasi berprestij yang mengiktiraf pencapaian luar biasa di rantau Asia Tenggara.
Anugerah berprestij itu disampaikan oleh Pengarah Urusan ASEAN Records, Gillian Ooi dan Eldrick Koh, kepada Tan Pei Ling, Ketua Jualan Saluran HONOR Malaysia, dalam satu majlis yang berlangsung di Jerayawara HONOR X9d 5G di IOI Mall Puchong hari ini.
Menurut ASEAN Records, penganugerahan ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap prestasi jualan luar biasa dan penerimaan positif pengguna terhadap model HONOR X9a, X9b dan X9c di seluruh Malaysia. Siri ini berjaya mengekalkan momentum jualan yang kukuh dalam kategori telefon pintar kelas pertengahan sejak diperkenalkan pada tahun 2022.
“Siri HONOR X9 bukan sekadar produk berjaya dari segi angka jualan, tetapi juga simbol kepada inovasi dan ketahanan jenama dalam pasaran yang kompetitif,” ujar Gillian Ooi, Pengarah Urusan ASEAN Records.

Menerima anugerah tersebut, Tan Pei Ling menyifatkan pengiktirafan itu sebagai hasil usaha berterusan HONOR dalam memastikan setiap produk memenuhi keperluan pengguna tempatan.
“Kami amat berbesar hati menerima pengiktirafan ini daripada ASEAN Records. Ia mencerminkan kepercayaan pengguna Malaysia terhadap jenama HONOR serta komitmen kami untuk terus menghasilkan telefon pintar yang inovatif, tahan lasak, dan bernilai tinggi,” katanya.
Siri HONOR X9 terus memperkukuh kedudukannya dengan bahagian pasaran meningkat daripada 33% pada tahun 2023 kepada 56% pada tahun 2025. Kini, satu daripada setiap dua telefon pintar kelas pertengahan yang dijual di Malaysia merupakan model daripada siri ini satu pencapaian luar biasa yang jarang dicapai oleh jenama global lain dalam segmen sama.
Majlis penyampaian anugerah turut diadakan bersempena pelancaran rasmi model terbaharu, HONOR X9d 5G, yang mencipta rekod baharu apabila habis dijual dalam tempoh pra-tempahan. Model ini hadir dengan RAM 24GB (termasuk HONOR Turbo RAM 12GB) dan storan sehingga 512GB, dengan harga bermula RM1,499.
Setiap pembelian turut disertakan hadiah percuma bernilai RM946, termasuk jam tangan pintar HONOR Watch 2i, perlindungan retak hadapan dan belakang 365 hari, jaminan lanjutan setahun, serta perlindungan kerosakan cecair selama satu tahun.
Pengiktirafan daripada ASEAN Records bukan sahaja mengukuhkan kedudukan HONOR dalam pasaran Malaysia, tetapi juga meletakkan jenama itu sebagai contoh kejayaan di peringkat serantau dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi yang mampu milik.
Dengan penerimaan anugerah ini, HONOR bukan sahaja meraikan kejayaan komersial, tetapi juga menegaskan kedudukannya sebagai jenama yang terus memacu inovasi dan kepercayaan pengguna di Asia Tenggara.



