Pas cabar Menteri KDN tayang temu ramah 7 pemain bola sepak naturalisasi cakap Melayu

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari mencabar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menayangkan temu ramah ringkas dalam Bahasa Melayu bersama tujuh pemain bola sepak naturalisasi ini.

Hal ini katanya, bagi membuktikan bahawa mereka benar-benar boleh berbahasa Melayu, sekurang-kurangnya pada tahap asas.

“Agak-agak, beranikah YB Menteri menyahut cabaran? soal Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Menurut Fadhli, beliau telah mendengar beberapa kali penjelasan enteri Dalam Negeri berhubung pemberian kewarganegaraan kepada tujuh pemain naturalisasi dalam Dewan Rakyat tadi.

Ujar wakil rakyat Pas itu, Menteri KDN dengan jelas merujuk kepada Perkara 20(1)(c).

“Namun apabila kita semak semula, peruntukan tersebut sebenarnya tidak lagi wujud, atau dalam erti kata lain telah dimansuhkan. Persoalannya, siapakah yang telah menyediakan maklumat tersebut kepada YB Menteri?

“Selain itu, jika dikatakan mereka dapat secara naturalisasi, mana-mana individu yang ingin diberikan taraf kewarganegaraan secara naturalisasi wajib mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam Bahasa Melayu.

“Semakin lama penjelasan ini diberikan, semakin kusut dan berbelit-belit jadinya. Apa pandangan anda? Isunya di sini, rakyat sedang mempersoalkan adakah institusi kewarganegaraan negara kita masih selamat hari ini? katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat