479 Sekolah di Negeri Sembilan Sertai Kempen Internet Selamat

SEREMBAN,- Sebanyak 479 sekolah rendah dan menengah di seluruh Negeri Sembilan telah menyertai Kempen Internet Selamat (KIS) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi meningkatkan kesedaran tentang penggunaan internet secara selamat dan beretika.

Program peringkat negeri itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bandar Sri Sendayan, Seremban, hari ini.

Seramai 300 pelajar Tahun 4 hingga Tahun 6 daripada 31 sekolah sekitar Seremban terlibat dalam program kali ini, sekali gus melengkapkan penyertaan pelajar dari seluruh Negeri Sembilan.

Menurut MCMC, kempen itu dilaksanakan melalui pendekatan interaktif menggunakan modul khas literasi digital yang membantu pelajar memahami risiko dalam talian seperti buli siber, penipuan dan pengantunan (grooming) selain mendidik mereka menggunakan internet secara bertanggungjawab.

Program turut mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pejabat Pendidikan Daerah, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membuka reruai pameran berkaitan keselamatan digital.

Antara mesej utama yang ditekankan ialah had umur minimum 13 tahun untuk memiliki akaun media sosial, selaras dengan garis panduan antarabangsa.

MCMC memaklumkan, sambutan daripada pelajar dan guru amat menggalakkan dengan tahap penglibatan yang tinggi dalam aktiviti interaktif yang dijalankan.

Kempen itu akan diperluas ke sekolah-sekolah lain di seluruh negara sebagai usaha berterusan kerajaan memupuk budaya penggunaan internet yang positif, selamat dan beretika dalam kalangan generasi muda.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat