Kerajaan Sabah sudah bubar jangan umum peruntukan baru, majlis serah dana perlu disampaikan penjawat awam – BERSIH

KUALA LUMPUR – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) ingin mengingatkan Kerajaan Negeri Sabah yang kini sudah terbubar untuk tidak mengumumkan sebarang peruntukan baharu mahupun terlibat dalam penyampaian peruntukan-peruntukan yang telah dirancang.

Bukan cuma itu BERSIH juga menegaskan, sekiranya ada majlis tersebut penjawat awam peringkat negeri boleh menyampaikan kepada mereka yang terlibat tanpa penglibatan daripada ahli-ahli politik.

BERSIH juga mengingatkan Kerajaan Persekutuan supaya tidak melibatkan wakil rakyat penyandang untuk terlibat dalam program-program kerajaan.

“Ini selari dengan prinsip larangan 3C yang digariskan oleh BERSIH iaitu tidak bersyarat (no condition), tidak berkempen (no campaign) dan tidak membawa calon (no candidate).

“Prinsip-prinsip pilihan raya bersih, bebas dan adil perlu diangkat terutamanya oleh Kerajaan Persekutuan yang mengangkat nilai-nilai reformasi demokrasi dan perundangan.

“Sumber-sumber kerajaan yang datang daripada rakyat tidak boleh digunakan untuk memberi kelebihan yang tidak adil kepada pihak tertentu terutamanya kepada parti pemerintah,” kata BERSIH dalam kenyataan pada Rabu.

BERSIH juga menyeru para calon dan parti politik untuk berkempen dengan adil, tanpa menunggang jentera dan sumber kerajaan untuk mencari kemenangan. Penyalahgunaan kuasa dan dana awam demi kepentingan politik adalah satu pengkhianatan terhadap amanah rakyat.

“Jika kerajaan benar-benar yakin dengan sokongan rakyat, bertandinglah secara bersih, bukan dengan memanipulasi kuasa yang datang daripada rakyat sendiri.

“Rakyat Sabah berhak kepada pilihan raya yang tulen, bukan sandiwara politik yang dicemari habuan dan pengaruh tidak wajar.

“BERSIH menyeru seluruh rakyat Sabah untuk bangkit bersama dalam usaha memastikan PRN kali ini sejatinya bersih, bebas dan adil. BERSIH menyeru kepada rakyat Sabah untuk menyertai inisiatif pemantau pilihan raya BERSIH kerana masa depan Sabah dan maruah demokrasi kita bergantung kepada keberanian rakyat untuk memantau, bersuara dan menuntut keadilan.

“Sila layari https://pemantau.org/daftar/ untuk berdaftar sebagai pemantau pilihan raya BERSIH,” katanya sambil memberitahu pembubaran tersebut bermaksud Kerajaan Sabah sekarang sedang dipimpin oleh kerajaan sementara dan tidak mempunyai kuasa sebagaimana kerajaan biasa.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat