Malaysia-Pakistan sepakat realisasikan Palestin merdeka, berdaulat – Anwar

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Pakistan sepakat menyatakan keutamaan harus diberikan kepada perlindungan hak asasi rakyat Palestin serta usaha yang berterusan bagi merealisasikan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Pakistan Mian Shehbaz Sharif juga sependapat dalam isu Gaza, di mana Malaysia dan Pakistan berpegang teguh kepada prinsip kemanusiaan sejagat bahawa segala bentuk pembunuhan dan pembantaian terhadap rakyat Palestin mesti dihentikan.

Dalam perkembangan lain, Anwar dan Perdana Menteri Pakistan turut menyaksikan pertukaran lima Memorandum Persefahaman (MoU) serta satu Pertukaran Nota yang menandakan satu lagi langkah penting dalam mengukuhkan hubungan Malaysia dan Pakistan.

“Ia merangkumi bidang pendidikan tinggi, pensijilan halal, pencegahan rasuah, pelancongan, dan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) manakala Pertukaran Nota memberi tumpuan kepada latihan bersama untuk para diplomat.

“Dalam sidang media bersama, kami turut mengulangi tekad dan aspirasi untuk terus memperkukuh hubungan dan kerjasama dalam beberapa bidang baharu dan berimpak tinggi antaranya teknologi digital, semikonduktor, serta pendidikan STEM,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat