Kerjasama Motac dengan Starbucks bercanggah aspirasi negara, meremehkan perjuangan peserta Sumud Flotilla – MyAQSA

KUALA LUMPUR, – Pengerusi Yayasan MyAQSA, Lukman Sheriff Alias, mengecam tindakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) yang memilih Starbucks sebagai rakan strategik bagi kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026, sambil menyifatkannya sebagai bercanggah dengan aspirasi negara yang konsisten menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Dalam kenyataan di laman Facebook peribadinya, Lukman menyifatkan keputusan itu sebagai “fail betul” dan tidak selari dengan pendirian kerajaan Malaysia yang sebelum ini menzahirkan solidariti terhadap misi Sumud Flotilla, termasuk menyokong aktivis Malaysia yang kini berdepan ancaman keselamatan akibat tindakan Israel.

“Di satu pihak, kerajaan dan PMX mendukung Sumud Flotilla, kapal Israel sudah mula tahan flotila yang mengandungi ramai rakyat Malaysia. Peserta flotila ini mengorbankan nyawa, keselamatan mereka pun tak terjamin. Jadi isu Palestin dan keselamatan mereka sepatutnya jadi prioriti utama kita.

“Tiba-tiba kementerian ini nak associate dengan syarikat yang pernah saman kesatuan pekerjanya kerana bersolidariti dengan Palestin. Starbucks malah pernah samakan solidariti dengan Palestin sebagai menyokong teroris. Maaf, ini sudah terlalu tidak betul,” tulisnya.

Lukman menegaskan tindakan kementerian itu seolah-olah mengkhianati aspirasi negara, di mana satu pihak mendokong perjuangan Palestin, sementara satu pihak lagi menyinggung perasaan rakyat Malaysia yang prihatin dengan isu kemanusiaan tersebut.

“Satu tangan cuba mendokong penyokong Palestin, satu tangan lagi cuba menyakitkan penyokong Palestin. gagal betul,” tegasnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa Starbucks telah lama menjadi sasaran boikot global kerana sejarahnya yang dianggap pro-Zionis, selain tidak pernah menyatakan sokongan terhadap hak asasi rakyat Palestin atau mengutuk jenayah perang Israel.

“Dulu kementerian yang sama dikritik kerana tidak mengiktiraf masjid dalam iklan promosi Malaysia. Kini sanggup pula promosikan syarikat yang tiada sensitiviti langsung terhadap Palestin,” katanya lagi.

Tulisan Lukman Sheriff itu segera menarik perhatian pengguna media sosial, dengan ramai menyuarakan kekecewaan terhadap keputusan Kementerian Pelancongan yang disifatkan gagal memahami aspirasi rakyat serta garis dasar kerajaan Malaysia dalam isu Palestin.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat