Anwar hubungi pemimpin dunia tuntut pembebasan aktivis GSF, tak biar maruah negara dipijak

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak akan berdiam diri apabila hak dan maruah rakyat kita diinjak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, setakat petang ini beliau telah mengadakan perbincangan bersama Presiden Türkiye Recep Tayyip Erdogan, Presiden Mesir Abdel Fattah Al-Sissi dan Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani bagi memohon dukungan mereka dalam usaha mendesak pembebasan sukarelawan serta aktivis Malaysia yang ditahan.

“Saya dan pasukan juga turut berhubung rapat dengan beberapa rakan lain, termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio, bagi menuntut campur tangan serta tindakan segera tanpa sebarang kelewatan.

“Sekali lagi saya tegaskan, kezaliman yang dilakukan rejim Israel mesti dihentikan serta-merta.

“Dengan penuh keprihatinan, saya berdoa kepada Allah SWT agar semua rakan kita yang ditahan dibebaskan secepat mungkin, dan agar saluran bantuan kemanusiaan untuk saudara-saudara kita di Gaza serta seluruh bumi Palestin dapat disampaikan tanpa sekatan,” katanya ketika siaran langsung pada petang Khamis.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat