Anwar tak perlu buat kelam kabut, hubungi saja ‘kawan baik dia kepala Zionis – Ezam

KUALA LUMPUR – Bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor mendakwa Perdana Menteri memiliki ‘kabel dalaman’ untuk menyelamatkan dan membebaskan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan Israel.

“PM tak perlu buat kelam kabut.Dia hanya perlu call kepala-kepala Zionis Paul Wolfowitz, William Cohen semua ni ‘kawan baik’ dia.

“Mereka ini menteri-menteri pertahanan Amerika Syarikat dan arkitek Perang Iraq dulu dengan satu matlamat selamatkan Israel,” dakwanya dalam catatan di Facebook.

Hari ini Anwar giat berusaha menghubungi pemimpin-pemipin dunia bagi mencari jalan keluar membebaskan aktivis GSF yang kapal mereka menuju Gaza dipintas Israel dan ditahan sebelum diusir daripada menjayakan misi kemanusiaan berkenaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat