Dakwa Ahli Parlimen lindungi rasuah, Fadhli Shaari harap PM bersedia dengan jawapan kali ini

KUALA LUMPUR, – Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari (Pas) mengingatkan Pejabat Perdana Menteri agar bersedia dengan jawapan bagi mempertahankan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwaan bahawa terdapat Ahli Parlimen yang melindungi ‘jerung’ dalam isu rasuah.

Semalam, Perdana Menteri menegaskan bahawa usaha kerajaan membanteras rasuah tidak disenangi sesetengah pihak yang mempunyai pengaruh dan dana besar walaupun tidak lagi berkuasa.

“Saya fikir kalau kita tuntas, bersihkan dan banteras rasuah untuk tolong rakyat, semua orang (akan) sokong. Tetapi (ini) tidak (berlaku), kerana tidak semua sokong. Ini kerana walaupun dia tidak lagi berkuasa, namun dia ada mempunyai kuasa, pengaruh dan dananya besar.

“Sebab itu kalau di Parlimen, apabila kita berbahas, tiada yang bangkit. Bahkan ada beberapa ahli Parlimen yang hanya mempertahankan… (dituduh) apa pasal dendam, kenapa hendak bangkitkan dan sebagainya.

“Saya kata tidak. Kalau ada bukti, itu terserah pada SPRM siasat (dan biarkan) hakim memutuskan. Bukan urusan saya,” kata Anwar seperti dipetik Berita Harian.

Menurut Fadhli, tuduhan serupa sebelum ini berhubung isu subsidi minyak untuk warga asing masih belum dibuktikan walaupun Perdana Menteri menamakan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai individu yang dimaksudkan.

“Siasatan sudah dua bulan berjalan, namun hingga kini tiada hasil. Kasihan MCMC, entah talian internet 3G mana yang digunakan untuk menyiasat,” tulis beliau dalam kemaskini di akaun media sosial malam tadi.

Beliau berjanji untuk membangkitkan perkara itu dalam sidang Parlimen minggu hadapan dan mengingatkan Pejabat Perdana Menteri supaya bersedia dengan jawapan konkrit.

“Jangan lagi ulang jawapan kabur seperti sebelum ini,” tulisnya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat