Jemput Trump wajar dan tanda kebijaksanaan Kerajaan dalam diplomasi antarabangsa – KJ

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak perlu menarik balik jemputan terhadap Presiden Ameriksa Syarikat (AS), Donald Trump untuk datang ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada bulan depan.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Trump berkemungkinan akan bertindak balas sekiranya jemputan tersebut ditarik balik.

“Adakah dia akan bertindak balas kepada kita? You know Trump. Dia akan bertindak balas, sama ada dia akan letak tarif 90 peratus ataupun dia akan buat sekatan baharu, dia akan buat.

“Sebab bagi dia, tidak ada masalah, Malaysia ini kecil sahaja. Jadi dia kata, okay awak tarik balik jemputan , jadi saya akan naikkan tarif sehingga 90 peratus,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap semalam.

Tanpa mengenepikan fakta AS perlu dikutuk kerana menyokong genosida di Gaza, Khairy berkata, Kerajaan perlu bijak mengatur strategik diplomasi dengan kuasa besar ini.

“Kita kena ‘play smart’ tetapi kita jujur kepada prinsip kita. Maksudnya, bila dia ada di sini, PMX kena cakap depan-depanlah – Okay selamat datang ke Malaysia untuk ASEAN, Tuan Presiden.

“Kami amat menghargai bantuan dan usaha pihak Tuan Presiden semasa perang Kemboja dengan Thailand, puji dia sikitlah tetapi selepas itu kata, kami mempunyai kebimbangan yang serius terhadap sokongan anda kepada Israel. Depan-depan cakaplah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat