Kapal Global Sumud Flotilla mendekati zon kritikal berdepan ancaman letupan, dron, gangguan komunikasi – Zahid

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah berhubung dengan Ahmad Musa Al-Nuwayri, wakil pelayaran misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Beliau dimaklumkan kapal-kapal flotilla kini semakin hampir dengan zon kritikal dan sedang berdepan pelbagai gangguan serta ancaman, termasuk, letupan berhampiran laluan pelayaran, kehadiran dron tidak dikenali, dan gangguan komunikasi.

Dalam makluman awal yang dikongsikan Setiausaha Akhbarnya Fadzmel Fadzil kepada media, delegasi Malaysia seramai 34 orang iaitu 25 lelaki, 9 wanita adalah sebahagian daripada 53 kapal flotilla bersama tiga kapal pemerhati yang disertai wakil dari lebih 45 negara.

“Sebentar tadi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah berhubung dengan Ahmad Musa Al-Nuwayri, wakil pelayaran misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

“Dilaporkan bahawa kapal-kapal flotilla kini semakin hampir dengan zon kritikal dan sedang berdepan pelbagai gangguan serta ancaman, termasuk, letupan berhampiran laluan pelayaran, kehadiran dron tidak dikenali, dan gangguan komunikasi,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat