Muslimat Pas rayu Kerajaan Terengganu teliti kenaikan tarif air, jangan bebankan orang susah dan keluarga besar

KUALA LUMPUR – Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu (DMPNT) menggesa kerajaan negeri itu meneliti semula pelarasan kadar tarif air yang diumumkan baru-baru ini bagi mengelak beban tambahan kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan keluarga besar.

Ketuanya, To’ Puan Zarani Othman berkata, pihaknya memahami keperluan Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) untuk menampung kos operasi dan penyelenggaraan namun sebarang kenaikan mendadak dalam kadar tarif air boleh memberi kesan langsung terhadap kos sara hidup rakyat, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar.

Justeru itu, kata beliau, pihaknya menggesa kerajaan negeri mempertimbang semula kadar yang ditetapkan dengan mengambil kira kebajikan rakyat sebagai keutamaan.

“DMPNT turut mencadangkan beberapa langkah sebagai penyelesaian yang lebih berimbang, antaranya pelaksanaan subsidi bersasar bagi isi rumah kategori B40 serta semakan semula kadar blok tarif melebihi 20 meter padu agar lebih berpatutan.

“Selain itu, DMPNT mencadangkan supaya langkah-langkah pendidikan dan kesedaran mengenai penggunaan air secara berhemah dipertingkat, namun tanpa membebankan pengguna,” katanya memetik Utusan di Kuala Terengganu pada Rabu.

Ujar beliau lagi, DMPNT percaya dengan keprihatinan kepemimpinan negeri, penyelesaian terbaik dapat dicapai bagi memastikan keperluan asas rakyat terus terjamin, selari dengan dasar Terengganu Maju, Berkat Sejahtera.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan pelaksanaan pelarasan tarif air domestik yang melibatkan semua negeri, selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan bagi menjamin kelangsungan perkhidmatan bekalan air yang lebih mampan di masa hadapan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat