KKM kesan varian baru Covid-19 XFG, 43,087 kes dilapor

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan penularan varian baharu Covid-19, XFG, daripada sebanyak 43,087 kes yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-35/2025, iaitu sehingga 6 September lalu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia membabitkan 8.2 peratus daripada keseluruhan kes yang dilaporkan itu.

Beliau berkata, pemantauan genomik yang dijalankan KKM mendapati jangkitan varian NB.1.8.1 dikesan paling tinggi iaitu membabitkan 39.4 peratus, manakala varian JN.1 menyumbang kepada 18.1 kes yang direkodkan.

Katanya, varian XEC pula dikesan menyumbang kepada 13.3 peratus jangkitan COVID-19 dan 21 peratus jangkitan lagi membabitkan lain-lain varian.

Bagaimanapun, Dzulkefly tidak memaklumkan jumlah pesakit dijangkiti varian baharu itu atau bila jangkitan itu mula dikesan.

“Secara kumulatif, sehingga ME35/2025, sebanyak 43,087 kes dilaporkan berbanding 85,297 kes bagi tempoh sama pada 2024 iaitu penurunan 49.5 peratus.

“Kes mingguan pada ME35 adalah 594, penurunan sebanyak 12.8 peratus berbanding 681 kes pada ME34,” katanya dalam hantaran melalui aplikasi X hari ini.

Varian XFG mula dikesan di Asia Tenggara pada Januari lalu dan menjelang Jun, ia dikelaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai varian bawah pengawasan berikutan penularannya yang pantas di seluruh dunia.

Ia dikelaskan oleh WHO sebagai rekombinan atau hibrid daripada dua varian Omicron yang sedia ada iaitu LF.7 dan LP.8.1.2.

Kementerian Kesihatan Indonesia (KKRI) sebelum ini mengesahkan varian XFG menjadi dominan di negara itu susulan peningkatan kes yang berlaku secara setempat sejak awal Julai.

Pada masa sama, Dzulkefly berkata, KKM mengesan satu kematian baharu dilaporkan pada ME 35/2025 membabitkan warga emas terlantar berusia 91 tahun.

Beliau berkata, secara kumulatif, sehingga kini, tiga kematian membabitkan jangkitan COVID-19 direkodkan iaitu pada kumulatif kematian COVID-19 pada ME 24/2025, ME 30/2025 dan ME 35/2025.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat