Tak wajib wanita angkat senjata dalam perang jihad, hukum harus, tak salah terlibat – Mufti

KUALA LUMPUR – Hukum penyertaan wanita dalam flotila ini adalah 𝗵𝗮𝗿𝘂𝘀 dan 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁.

Hal ini lebih-lebih lagi dalam situasi rakyat Palestin yang cukup terdesak dalam mengharapkan pertolongan dan bantuan daripada sesiapa pun yang sanggup menempuhi cabaran.

Mufti Wilayah Persekutuan Fauwaz Fadzil menjelaskan, sememangnya tiada kewajipan ke atas kaum wanita untuk terlibat mengangkat senjata dalam peperangan jihad.

Namun begitu katanya, sumbangan dan peranan mereka dalam pelbagai aspek yang lain dalam membantu kejayaan sesuatu misi jihad merupakan suatu perkara yang 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗻𝘁𝘂𝘁 dan 𝘁𝗲𝗿𝗽𝘂𝗷𝗶 seperti yang pernah dilakukan oleh Saidatina Aisyah dan Ummu Sulaim dalam peperangan Uhud.

“Oleh yang demikian, sumbangan dan peranan mereka dalam pelbagai aspek yang lain dalam membantu kejayaan sesuatu misi jihad merupakan suatu perkara yang dituntut dan terpuji. Hal ini dengan berdasarkan garis panduan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.

“Oleh yang demikian, hukum penyertaan wanita dalam flotila ini adalah 𝗵𝗮𝗿𝘂𝘀 dan 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁. Lebih-lebih lagi dalam situasi rakyat Palestin yang cukup terdesak dalam mengharapkan pertolongan dan bantuan daripada sesiapa pun yang sanggup menempuhi cabaran,” jelas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat