Himpunan PAT 2025 bertukar kecoh laungan ‘Hidup Tan Sri’ bergema

SHAH ALAM — Kekecohan berlaku di kalangan perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) semasa Presiden, Tan Seri Datuk Muhyiddin Mohd Yassin, berucap dalam Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU 2025, selepas beliau menegur percubaan beberapa pihak untuk menjatuhkannya.

Laungan sokongan “Hidup Tan Sri” perwakilan bergema sehingga akhir ucapan menunjukkan solidariti sebahagian ahli terhadap Presiden.

Presiden BERSATU kemudian menenangkan suasana dengan menyeru semua ahli supaya menghentikan adu domba dan sengketa dalaman serta membuang sikap yang melemahkan parti.

Beliau menegaskan bahawa BERSATU dibina atas semangat perjuangan ikhlas, bukan harta atau janji jawatan.

“Kita bermula tanpa apa-apa. Yang ada hanyalah semangat ikhlas dan daya juang untuk menyelamatkan negara.

“Kelangsungan perjuangan parti ini bergantung kepada keikhlasan hati-hati kita serta pengorbanan jiwa dan raga semua ahli,” ujarnya.

Muhyiddin turut menyeru ahli merapatkan saf perjuangan, memperkukuh ukhwah sesama ahli, dan menjadi benteng kukuh menghadapi cabaran luar.

Beliau menegaskan bahawa percubaan sedemikian bercanggah dengan perlembagaan parti dan boleh menjejaskan semua pemimpin di peringkat atas, termasuk Ketua-Ketua Bahagian, Ketua Armada, Ketua Srikandi, Ketua Srikandi Muda, Ketua Bersekutu serta Ahli Jawatankuasa Bahagian.

“Kalau Presiden dijatuhkan melalui kutipan tandatangan, semua yang ada di atas pentas ini pun boleh dijatuhkan melalui cara yang sama,” tegas beliau.

Sumber dalam majlis itu berkata, kekecohan berlaku apabila perwakilan daripada dua kem dalam parti mula berselisih pendapat semasa Muhyiddin berucap, menimbulkan ketegangan yang hampir mengganggu majlis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat