PMR Kedah: PM Tegaskan Kebajikan Rakyat Keutamaan, Kos Sara Hidup Jadi Fokus

BALING, – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menghadiri majlis penutupan Program MADANI Rakyat (PMR) Kedah di Baling, dalam suasana penuh harmoni bersama pelbagai lapisan masyarakat termasuk penjawat awam negeri dan persekutuan.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa kebajikan rakyat adalah keutamaan utama yang tidak boleh dipandang ringan, malah perlu diperjuangkan secara menyeluruh oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri agar tiada pihak terpinggir daripada arus pembangunan negara.

“Isu kos sara hidup kekal sebagai antara keutamaan Kerajaan MADANI. Melalui pendekatan subsidi bersasar, pelaksanaan program seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA), serta pelbagai bentuk bantuan langsung kepada rakyat, kerajaan memastikan setiap bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, usaha tersebut akan terus diperkukuh menerusi pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), yang berperanan sebagai rangka kerja berteraskan prinsip keadilan sosial, keseimbangan pembangunan dan kelestarian hidup rakyat.

Beliau turut berkesempatan bertemu dengan sahabat-sahabat yang terlibat dalam peristiwa bersejarah Baling 1974, sambil menzahirkan penghargaan atas semangat juang serta doa mereka demi kebaikan dan kemajuan negara.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat