Che’GuBard dibebas Majistret, dakwa Polis jadi alat politik

KUALA LUMPUR, – Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’GuBard dibebaskan kira-kira jam 2.30 petang tadi selepas Majistret menolak permohonan reman empat hari yang dipohon Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut beliau, pada pagi tadi peguamnya Muhammad Rafique Rashid Ali membantah permohonan reman tersebut dan majistret dilaporkan mempersoalkan tujuan sebenar tangkapan itu sebelum menolak permohonan pihak polis. Che’GuBard kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas percakapannya dirakam.

Che’GuBard ditahan sekitar jam 10.30 malam semalam oleh kira-kira 20 anggota polis selepas diekori sejauh hampir 15 kilometer. Beliau mendakwa penahanannya berpunca daripada ceramah yang disampaikan pada 29 Ogos lalu, susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang anggota pada 4 September.

“Kes jenayah berat banyak perlu ditangani, malangnya polis dipaksa buang tenaga memenuhi nafsu politik regim,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut mengecam Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar yang didakwanya mengeluarkan kenyataan fitnah kononnya beliau menghasut serta menghina Raja Melayu.

“Saya nasihat Kumar dengar sendiri ucapan penuh saya malam itu. Saya hanya imbau sejarah bagaimana Tunku Abdul Rahman bertegas menentang fahaman PAP sebelum Singapura dikeluarkan dari Malaysia. Ucapan saya menegaskan orang Melayu jangan terperangkap dengan agenda ‘Malaysian Malaysia’,” jelasnya.

Tambah Che’GuBard, beliau menolak dakwaan bahawa ucapannya berunsur hasutan terhadap Raja-Raja Melayu, sebaliknya menegaskan dirinya menyeru rakyat mempertahankan institusi Raja serta Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kenyataan sama, beliau mendakwa Akta Hasutan kini disalahgunakan bagi menutup suara bangkangan politik, sekali gus menuduh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkhianati janji untuk memansuhkan undang-undang tersebut.

“Malaysia makin menjadi negara diktator. Anwar Ibrahim janji mansuh (Akta Hasutan), tetapi kini beliau seronok menunggang undang-undang drakonian ini,” katanya.

Che’GuBard turut mengucapkan terima kasih atas sokongan semua pihak dan menegaskan beliau akan terus berjuang demi mempertahankan kontrak sosial negara walaupun sering berdepan tindakan undang-undang. -Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat