Umno lantik Johari Ghani ketuai pasukan khas tambah baik RUU PSB

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Johari Abdul Ghani diamanahkan oleh Umno untuk mengetuai Pasukan Khas Umno bagi penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Umno menerusi kenyataan Setiausaha Agungnya Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan, pelantikan Naib Presiden Umno itu bagi mengetuai pasukan khas berkenaan bagi memperincikan setiap aspek RUU PSB secara terperinci sebelum dibentangkan dalam Konvensyen Melayu Bandar.

“Umno mengumumkan pelantikan Naib Presiden Umno Datuk Seri Johari Abdul Ghani untuk mengetuai Pasukan Khas Umno bagi penambahbaikan RUU PSB.

“Pasukan Khas ini bertanggungjawab meneliti dan memperhalusi setiap aspek Rang Undang-Undang P e m b a h a r u a n Semula Bandar (PSB) secara terperinci sebelum dibentangkan dalam Konvensyen Melayu Bandar,” katanya.

Jelas Asyraf, Konvensyen Melayu Bandar ini bakal melibatkan kepimpinan tertinggi Umno dari negeri-negeri dan bahagian-bahagian seluruh Malaysia, parti-parti politik Melayu, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, ahli-ahli Akademik dan masyarakat sivil yang akan diadakan pada penghujung bulan September.

“Resolusi Konvensyen Melayu Bandar kelak akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, semua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sepakat meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menangguhkan Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (PSB) 2025 memandangkan masih banyak kelompongan yang memerlukan libat urus tuntas semua pihak.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu, semua ahli Parlimen ada BN menyatakan kebimbangan dan mahu supaya RUU ini ditangguhkan dan dibuat engagement dengan semua pihak supaya tidak ada pihak apabila RUU ini diluluskan akan ada yang menjadi mangsa nanti.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat