Tak mungkin Zara meninggal kerana tak sengaja jatuh atau ditolak dari kedudukan berdiri – pakar patologi forensik

KUALA LUMPUR – Kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak mungkin berpunca daripada terjatuh secara tidak sengaja mahupun ditolak dari kedudukan berdiri di lokasi kejadian.

Pakar Patologi Forensik Dr Jessie Hiu berkata, pada 2 Ogos lalu beliau diminta memberikan pendapat profesional mengenai kecederaan antemortem (sebelum kematian) yang dialami Zara Qairina.

“Saya sudah meneliti rekod perubatannya, termasuk radiograf, laporan imbasan CT dan CTA, serta menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.

“Berdasarkan pemeriksaan di asrama si mati, ukuran dari lantai ke rel besi melintang paling atas yang dipasang pada tembok konkrit di tingkat tiga ialah 118 sentimeter (cm).

“Saya dimaklumkan ketinggian antemortem si mati ialah 154 cm. Perbezaan di antara ketinggian si mati dengan rel besi melintang paling atas ialah 36 cm.

“Ketinggian rel besi itu adalah lebih daripada tiga perempat ketinggian si mati dan berkemungkinan berada di atas pusat gravitinya,” katanya ketika siasatan di lokasi kejadian dijalankan pada jam 12.30 tengah hari 2 Ogos lalu.

Dr Hiu berkata demikian ketika membacakan kenyataan bertulis saksi setebal lima muka surat di hadapan Koroner, Amir Shah Amir Hassan, lapor BH di Kota Kinabalu.

Kenyataan itu turut menyatakan, bagi wanita, pusat graviti lazimnya terletak di bahagian pelvis, selalunya di bawah pusat dalam kedudukan berdiri.

“Berdasarkan ukuran ketinggian dan lebar tembok konkrit, ketinggian rel besi, serta ketinggian antemortem si mati, adalah berkemungkinan untuknya memanjat tembok konkrit itu, menyeberangi rel besi, dan berdiri di atas tembok konkrit berkenaan,” katanya.

Dr Hiu berkhidmat sebagai pakar patologi forensik di Hospital Queen Elizabeth di sini sejak 1998.

Secara purata, pakar itu mengendalikan dan menyelia antara 100 hingga 150 bedah siasat setahun.

Beliau juga pernah memberi keterangan sebagai saksi pakar secara purata 10 hingga 15 kali setahun di Mahkamah Majistret, Sesyen dan Tinggi di Sabah serta Labuan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat