Gempa Bumi Lemah Gegar Segamat Pagi Ini

SEGAMAT, – Satu gempa bumi lemah berukuran magnitud 2.7 berlaku di Segamat pada jam 7:29 pagi hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa terletak pada koordinat 2.5° Utara dan 102.8° Timur, iaitu kira-kira 2 kilometer barat laut Segamat, dengan kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran mungkin dirasai di sekitar Segamat. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” jelas kenyataan itu.

Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik pengalaman gempa bumi di pautan berikut:

https://forms.gle/qtndV4ertaYMwaJK7

MetMalaysia turut memberi jaminan bahawa pemantauan rapi akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengemas kini sebarang perkembangan.

Nota tambahan:

Kejadian pagi ini adalah sebahagian daripada siri gegaran yang melanda Segamat sejak 24 Ogos lalu. Dengan kejadian ini, jumlah gegaran yang direkodkan di kawasan berkenaan kini mencecah enam kali dalam tempoh seminggu.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat