Kenyataan Akmal, Hilman dan dua individu didakwa gugat ketenteraman awam -AGC

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Datuk Dr Akmal Saleh; Hilman Idham; S. Chandrasegaran dan Siti Hajar Aflah Sharuddin didapati telah menggugat ketenteraman awam atau merupakan penggunaan yang tidak wajar terhadap kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

AGC dalam kenyataan memberitahu jabatan itu telah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kenyataan yang dibuat oleh Datuk Dr Akmal Saleh di laman Facebook “Akmal Saleh”, kenyataan yang dibuat oleh Hilman Idham di akaun TikTok “alfah.channel.tv”, kenyataan yang dibuat oleh Chandrasegaran a/l Subramaniam melalui akaun TikTok “cikguchandra3″ dan kenyataan yang dibuat oleh Siti Hajar Aflah binti Sharuddin di akaun TikTok “SHA_Abrienda”.

“Berdasarkan keterangan dan bukti yang diperoleh, jabatan ini memutuskan untuk mengemukakan pertuduhan di bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan [Akta 574] terhadap Dr Akmal; Hilman Idham dan Siti Hajar Aflah Sharuddin.

“Sementara itu, S. Chandrasegaran pula akan dituduh di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 [Akta 588],” jelas AGC.

Menurut jabatan itu lagi, semua pertuduhan akan dikemukakan di Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa setempat (local jurisdiction) dalam masa terdekat.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat