Menteri KDN sahkan ada elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual terkait kes kematian Zara

KUALA LUMPUR – Hasil siasatan mendapati wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual membabitkan kes kematian pelajar Zara Qairina Mahathir, 13.

Perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata, berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menyiasat ketiga-tiga elemen berkenaan.

“Tak boleh ada usaha ataupun percubaan menutup kalau ada elemen buli, sekolah tempat yang patut jadi tempat selamat untuk anak-anak kita.

“Pentadbir sekolah harus diingatkan, kalau ada insiden ini bawa ke tengah, sebab itu siasatan kita menjurus hala tujunya kepada elemen buli. Ya, sudah pun kita lengkapkan siasatan itu.

“Ya, ada elemen pengabaian kerana adik ini ada membuat aduan kepada pihak sekolah. Ada kita siasat elemen pengabaian.

“Ada elemen gangguan seksual, kita siasat juga. Demikian terpulang kepada Peguam Negara untuk menetapkan hala tuju sama ada tuduhan itu dapat dibuat atau tidak,” katanya di Dewan Rakyat, pada Isnin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat