Spritzer BHD. perjelas rungutan air mineral semula jadi berbau petai

Oleh Zihan Zari

TAIPING – Isu air mineral semula jadi jenama Spritzer yang menjadi rungutan di kalangan netizen media sosial menyebut menyamakan baunya seperti petai telah dikenal pasti punca masalahnya oleh pihak Spritzer BHD.

Spritzer BHD. dalam kenyataannya tampil menjawab dakwaan dan telah menyelesaikan siasatan mengenai bau luar biasa yang dikesan pada beberapa botol produk air mineral semula jadi keluaran syarikatnya.

“Spritzer telah mengenal pasti punca-punca bau tersebut dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan untuk memastikan konsistensi dan kualiti yang berterusan.

“Seiring dengan protokol kawalan kualiti yang ketat, Spritzer telah menjalankan siasatan komprehensif melibatkan semakan dalaman terperinci, ujian makmal bebas, serta penilaian terhadap kaedah penyimpanan dan pengendalian,”kata kenyataan itu.

“Memandangkan air mineral semula jadi sangat sensitif terhadap persekitarannya, pendekatan sistematik ini amat penting bagi mengecualikan segala kemungkinan dan mengenal pasti punca sebenar secara tepat.

“Hasil siasatan mengesahkan bahawa bau tersebut berpunca daripada ketidakteraturan sementara pada kandungan semula jadi yang terdapat di dalam sumber air yang menjadi lebih ketara selepas proses pengeluaran dan apabila terdedah kepada cuaca panas semasa penghantaran atau penyimpanan.

“Perkara ini dikenal pasti hanya pada sebilangan botol yang dihasilkan di antara bulan Jun hingga Julai lalu, ”katanya lagi.

Ujarnya, hasil ujian yang dijalankan oleh makmal bebas ke atas sampel daripada produk yang ditukarkan mengesahkan bahawa ianya selamat untuk diminum dan mematuhi sepenuhnya Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Sebagai tindakan susulan, Spritzer telah menambah baik sistem penapisan dan memperkukuhkan pemantauan kualiti harian bagi memastikan konsistensi produk dan kepercayaan pelanggan berterusan.

Dalam pada itu, Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Spritzer BHD, Dr. Chuah Chaw Teo berkata siasatan pihaknya mengesahkan bahawa ini adalah kejadian terpencil yang berpunca daripada kandungan semula jadi, dan tidak berkaitan dengan aspek keselamatan air syarikatnya.

“Kami telah bertindak pantas untuk menambah baik proses penapisan dan protokol pemantauan bagi memastikan Spritzer terus menawarkan rasa yang segar dan unik serta memberi keyakinan berterusan kepada para pelanggan kami.

“Kami sedar bahawa situasi ini mungkin telah menyebabkan kesulitan kepada sesetengah pelanggan yang mengalaminya, dan kami amat menghargai pemahaman mereka,”katanya.

Tambahnya, Spritzer bertekad untuk mengekalkan tahap mutu tertinggi produk dengan segala ketelusan dan tanggungjawab tertinggi untuk mengekalkan keyakinan dan kepercayaan pelanggan yang telah kami bina sejak bertahun-tahun dahulu.

“Air mineral semula jadi Spritzer diperoleh daripada 430 ekar kawasan hutan hujan yang terpelihara dan asli, dibotolkan melalui fasiliti pengeluaran automatik sepenuhnya, dan dibungkus menggunakan 100 peratus (%) bahan kitar semula.

“Produk Spritzer juga diuji setiap tahun oleh makmal bebas bagi mengesahkan ia bebas daripada mikroplastik, sejajar dengan komitmen kami terhadap kualiti dan keselamatan pengguna,”ujarnya lagi.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi pasukan perkhidmatan pelanggan Spritzer di 1800-88-3111 atau [email protected]. Spritzer BHD. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat