Kes Zara : Anwar Ulang Sekali Lagi , Tiada Siapa Akan Terlepas

LARUT, 16 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada sesiapa yang terlibat dalam kes kematian tragis pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, akan terlepas daripada siasatan dan tindakan undang-undang.

Beliau berkata kerajaan mengambil serius kes tersebut dan memberi jaminan bahawa polis diberi ruang penuh untuk menyelesaikan siasatan dengan telus dan adil.

“Kerajaan telah memaklumkan bahawa polis sedang menjalankan siasatan. Saya ulangi, tiada siapa akan terlepas daripada siasatan,” katanya memetik Bernama ketika berucap di Karnival Usahawan Tenusu MADANI di Kompleks Tenusu Farm Fresh, Perak hari ini.

PM Ingatkan Jangan Manipulasi Kes

Anwar turut menasihatkan semua pihak agar tidak memanipulasi isu tersebut sehingga menimbulkan persepsi negatif, apatah lagi mengeluarkan kata-kata kesat terhadap individu tertentu.

Katanya, keadilan hanya boleh dicapai melalui proses undang-undang dan bukan melalui spekulasi atau tuduhan melulu di media sosial.

Kes kematian Zara Qairina telah mencetuskan gelombang solidariti nasional dengan tanda pagar #JusticeForZara trending di media sosial sejak beberapa minggu lalu.

Orang ramai, termasuk pertubuhan masyarakat sivil, menuntut siasatan yang telus serta tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Kenyataan terbaru Perdana Menteri ini dilihat sebagai jaminan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dalam mencari kebenaran dan menegakkan keadilan buat keluarga mangsa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat