KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari sekali mengulang kenyataannya bahawa negara di ambang bahaya susulan insiden serangan terhadap anak lelaki tunggal Datuk Seri Rafizi Ramli yang disyaki terkait pertemuannya bersama sekumpulan pemberi maklumat (whistleblower) mengenai satu skandal wang.
“Bermaksud benarlah apa yang kami nyatakan selama ini, negara di ambang bahaya.
“Skandal-skandal sedang berlegar dan tauke-tauke sedang sibuk berurusniaga menjual negara,” dakwa Ahli Parlimen Pasir Mas itu.
Fadhli pada tahun lalu pernah berkata, terlalu banyak perkara yang memeningkan kepala, yang menyusahkan rakyat dan menjadi suatu kewajiban kepada kita untuk jelaskan kepada rakyat satu persatu bahawa negara kita sedang berada di ambang bahaya.
Kata wakil rakyat Pas itu lagi, jika rakyat Malaysia tidak melakukan apa-apa tindakan dalam tempoh tiga tahun akan datang, inilah yang akan menentukan untung nasib bangsa dan negara.
“Saya umpamakan kita sedang berada di hujung tanduk pada hari ini. Bagaikan telur yang berada di hujung tanduk.
“Sedang kita bersama-sama dengan kerajaan campuran PH-BN yang sedang melakukan apa jua perkara untuk memastikan mereka kekal berkuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16),” katanya.
Hari ini Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli percaya serangan yang dilakukan terhadap anaknya ada kaitan dengan pertemuan bersama sekumpulan pemberi maklumat (whistleblower) mengenai satu skandal wang.
Beliau berkata, tindakan itu juga merupakan amaran dan jalan untuk menutup mulutnya daripada terus membongkar perkara tersebut.
“Memang ada satu kumpulan ‘whistleblower’ datang pada saya Rabu minggu lepas mengenai satu skandal berkaitan wang.
“Maksudnya saya ingat pihak terbabit tahu kalau saya sudah mula lihat satu skandal, saya akan ‘go deep’ (siasat lebih mendalam).
“Pada saya, mereka nak saya ‘move on’ dan tidak meneruskannya,” katanya ketika sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Khamis.
Sementara itu ditanya sama ada skandal yang dimaksudkan mempunyai kaitan dengan mana-mana ahli politik, Rafizi menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat selanjutnya.
Malah beliau yang juga bekas Menteri Ekonomi memberitahu, serangan terhadap keluarganya adalah kali pertama berlaku walaupun sebelum ini sering melakukan siasatan berkaitan pelbagai skandal.
“Selepas whistleblowers datang berjumpa saya minggu lepas, tiba-tiba perkara ini
“Kalau maklumat itu diberikan terlebih awal, ia akan menyukarkan polis dan juga pendawaan yang seterusnya,” ujarnya.
Sebelum ini polis mengesahkan kejadian serangan terhadap anak Rafizi di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya jam 2 petang, Rabu
Bagaimanapun, anaknya yang berusia 12 tahun itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.



