Dibuang MRSM : Ibu Bapa Tak Puas Hati, Rancang Saman MARA & Asyraf Wajdi

CYBERJAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan terdapat ibu bapa kepada pelajar yang dibuang dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) kerana kes buli mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya dan agensi tersebut.

Beliau berkata, tindakan itu susulan keputusan tegas pihaknya menyingkirkan pelajar yang terbabit dalam salah laku disiplin serius, khususnya kes membabitkan perbuatan buli.

“Saya dimaklumkan ada ibu bapa yang anak-anaknya dibuang MRSM kerana kes buli nak saman saya dan MARA. Saya katakan, ‘Bring it on!’.

“Saya nak jaga keselamatan majoriti pelajar, bukan segelintir yang berlagak samseng,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

Asyraf turut menegaskan bahawa MARA tidak akan berkompromi dengan perbuatan yang mengancam keselamatan pelajar lain, malah mengekalkan pendirian tegas terhadap mana-mana bentuk salah laku disiplin.

Hantaran beliau itu disertakan dengan tanda pagar #YouTouchYouGo, menggambarkan komitmen untuk memastikan sekolah asrama kendalian MARA kekal sebagai persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat