KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh memberikan reaksi sinis terhadap tindakan PKR menerima penyertaan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
“Terima kasih PKR kerana memberi kami akar umbi UMNO erti sebenar kerajaan perpaduan ini. Amaran dah diberi, tetapi tetap juga dilakukan. Good luck Tengku Zafrul, moga akar umbi PKR boleh menerima kamu. Kita jumpa nanti di pilihan raya,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Pada 26 Julai lalu, Majlis Pimpinan Pusat PKR meluluskan permohonan Tengku Zafrul untuk menjadi ahli parti, seperti yang disahkan Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh.
Tengku Zafrul, yang meninggalkan UMNO pada 30 Mei 2024, pernah memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli Majlis Kerja Tertinggi. Penyertaannya dalam UMNO bermula sejak 1997, namun beliau hanya dikenali sebagai ahli parti itu secara meluas menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila dicalonkan mewakili Barisan Nasional di Kuala Selangor.
Bekas Menteri Kewangan itu tewas pada PRU15 dan kemudiannya meletakkan jawatan sebagai Bendahari UMNO Selangor pada April 2024 kerana kecewa dengan usaha memperkukuh parti selepas kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
baca juga : – Tengku Zafrul Sah Sertai PKR Selepas Tinggalkan UMNO
– PKR Terima Zafrul Bukti PH Tidak Peduli BN – ARMADA



