Tengku Zafrul harap beberapa pengeluar semikonduktor Malaysia dikecualikan tarif 100 peratus Trump

KUALA LUMPUR – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berharap beberapa pengeluar semikonduktor di Malaysia mungkin dikecualikan daripada tarif 100 peratus yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas cip diimport.

Presiden AS Donald Trump yang mengumumkan tarif tersebut semalam, berkata ia tidak akan dikenakan ke atas syarikat yang sudah menghasilkan cip semikonduktor di AS atau mempunyai rancangan berbuat demikian.

Malaysia merupakan pengeksport semikonduktor keenam terbesar dunia, dan Tengku Zafrul menyatakan kira-kira 65% eksport semikonduktor Malaysia ke AS dihasilkan syarikat AS beroperasi di negara ini.

“Sudah tentu, antara perkara disebut Trump ialah syarikat yang mengumumkan pelaburan baharu atau memindahkan sebahagian operasi mereka kembali ke AS mungkin dikecualikan tarif tersebut,” katanya dalam satu majlis di sebuah hotel lapor FMT.

“Jadi, bila melibatkan 65 peratus eksport ke AS yang datang daripada syarikat AS di Malaysia kita belum pasti lagi (tetapi) sebahagian daripadanya…mungkin akan dikecualikan,” katanya.

Beliau berkata, kementeriannya sedang bekerjasama rapat dengan Bank Negara Malaysia bagi menilai keseluruhan impak tarif 100% tersebut serta kesan terhadap pelbagai rantaian bekalan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat