Istana Perak nafi dakwaan majlis persandingan Diraja,

IPOH, – Istana Perak hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berhubung Majlis Persandingan Diraja yang kononnya akan berlangsung pada 7 Ogos ini di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Meor Hezbullah Meor Abd Malik, berkata satu laporan polis telah dibuat pada 31 Julai lalu susulan penularan sebuah video berdurasi 58 saat di aplikasi TikTok oleh akaun menggunakan nama ‘The King’, yang didapati menyebarkan maklumat palsu dan mengelirukan.

“Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak menegaskan bahawa maklumat dalam video berkenaan adalah tidak benar. Tiada sebarang majlis akad nikah, persandingan diraja atau lawatan ke Sabah seperti yang dinyatakan dalam video tersebut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Meor Hezbullah, video terbabit turut mendakwa majlis akad nikah dan berbedak akan disiarkan secara langsung selama tiga jam di saluran televisyen berbayar, selain menyebut tentang lawatan pasangan diraja ke Tamparuli, Sabah pada 17 Ogos dan pemberian peruntukan bulanan sebanyak RM800 selama setahun kepada rakyat.

Beliau menegaskan Pejabat Sultan Perak tidak mengenali atau mempunyai sebarang hubungan dengan pemilik akaun tersebut, dan tiada sesiapa pun yang dilantik sebagai jurucakap rasmi bagi sebarang majlis istana.

“Laporan polis dibuat bagi melindungi nama baik Sultan Perak, kerabat diraja serta institusi Istana Perak,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan mencemarkan nama baik institusi diraja negeri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat