Isu Bendera Terbalik: Dr Akmal Kecam Sikap Sambil Lewa, Tuntut Tindakan Keras

Cyberjaya – Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Port Dickson tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di kawasan sekolah itu pada Jumaat lalu.

Memetik laporan BERNAMA sebelum ini, pihak sekolah menyifatkan insiden itu sebagai kecuaian yang tidak disengajakan dan segera membetulkan kedudukan bendera sebaik sahaja dimaklumkan.

Bagaimanapun, kejadian tersebut mencetuskan reaksi tegas dalam kalangan orang awam dan pemimpin politik, termasuk Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh, yang menyelar sikap sambil lewa terhadap lambang kedaulatan negara.

“Mana mungkinlah bendera terbalik tidak tahu, ataupun buat-buat tidak tahu,” tegasnya dalam kenyataan di media sosial.

Dr. Akmal menzahirkan rasa kecewa terhadap sikap “buat dulu, minta maaf kemudian”, dan menggesa agar Kementerian Pendidikan mengambil tindakan keras ke atas pihak yang bertanggungjawab bagi mengelakkan perkara itu dianggap remeh pada masa depan.

“Cukuplah dengan budaya minta maaf selepas melakukan kesilapan seperti ini. Bendera negara perlu dihormati, bukan dihina,” katanya.

Dalam kenyataan rasmi sekolah, pihak Lembaga Pengelola, PIBG, dan pengurusan sekolah memberi jaminan untuk meningkatkan kawalan dalaman dan memastikan insiden sama tidak berulang, termasuk memperketat prosedur pemasangan bendera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat