Mustahil PM tak tahu skandal mineral Sabah terkait Farhash, Syed Saddiq tuntut penjelasan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terkait pendedahan yang mendakwa Sabah Mineral Management (SMM) meluluskan kebenaran cari gali mineral di negeri itu kepada syarikat Bumi Suria yang melibatkan pemilikan bekas pemimpin PKR Farhash Wafa Salvador.

Syed Saadiq di Dewan Rakyat pada Khamis berkata, adalah mustahil Perdana Menteri tidak tahu menahu berkenaan skandal ini.

“Tadi saya dengar ada ramai yang bangkitkan soal skandal Sabah, ada banyak lagi yang telah dilaporkan oleh MalaysiaNow, saya berharap ini dijawab olehg pihak menteri.

“Ini perkara yang sangat besar ya, kalau kita ikut apa yang dilaporkan 4 kali saiz Kuala Lumpur… sejujurnya, saya tak boleh bayangkan.

“Apatah lagi (kelulusan) ini boleh diberikan pada tempoh masa skandal ini dikeluarkan. Kelulusan dalam tempoh masa kurang sebulan.

“Tidak ada tender terbuka. Saya tak yakin sejujurnya PM tak tahu menahu soal ini.

“Tetapi kalau tidak ada tindakan, tidak ada siasatan dibuat barulah orang akan kata mungkin ada budaya untuk bersekongkol. Justeru tindakan perlu diambil.

Hal demikian Syed Saddiq menunut jawapan terkait skandal mineral Sabah berkenaan wajib diberikan di dalam Dewan Rakyat.

Hari ini portal MalaysiaNow menerbitkan satu pendedahan yang mendakwa bahawa Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor didapati memuji dan memberikan sokongan kuat kepada syarikat yang terkait dengan bekas pemimpin PKR Farhash Wafa Salvador dalam sebuah mesyuarat membincangkan permohonan beberapa pihak untuk melakukan carigali mineral di negeri itu, menurut rakaman audio yang diberikan kepada portal itu.

Rakaman itu (klik untuk versi YouTube atau TikTok) merupakan beberapa petikan perjalanan mesyuarat selama lebih dua jam oleh lembaga pengarah Sabah Mineral Management (SMM), agensi negeri yang bertanggungjawab mengenai kekayaan mineral di Sabah dan dipengerusikan oleh Hajiji, pada Mei tahun lalu.

Antara babak menarik rakaman itu termasuk pengakuan bahawa kawasan yang diluluskan kepada Bumi Suria adalah “terlampau luas”.

“Tapi kawasan itu terlampau luaslah Datuk Seri, 70,000 hektar,” ulas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong.

“Ya, itu kita atur nanti. Yang penting, kita luluskan dia punya permohonan,” jawab Hajiji dalam mesyuarat yang dihadiri 18 orang, termasuk beberapa eksekutif syarikat perlombongan Indonesia.

Pada Isnin, MalaysiaNow mendedahkan langkah SMM meluluskan permohonan melibatkan kawasan hutan simpan seluas 70,000 hektar tiga kali ganda keluasan Kuala Lumpur kepada Bumi Suria Sdn Bhd, sebuah syarikat dikuasai Farhash dan seorang lagi individu bernama Aminuddin Mustapha.

Bumi Suria dimiliki sepenuhnya oleh Borneo Bumi Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat milik penuh Farhash dan Amin yang berkongsi saham pada asas 50/50.

Menurut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia, kedua-dua mereka dilantik sebagai pengarah Borneo Bumi pada 2 Mei 2024, dan sebagai pengarah Bumi Suria pada 7 Mei 2024.

Ketika penyertaan mereka, Bumi Suria, yang telah menjalinkan usahasama dengan PT Bayan Resources gergasi perlombongan dari Indonesia milik hartawan dan “raja arang batu” Low Tuck Kwong masih dalam proses rayuan pembatalan lesen carigali mereka.

Pembatalan itu dilakukan Hajiji pada awal 2024 iaitu 5 bulan sebelum penglibatan Farhash dan Amin tanpa memberikan sebarang alasan.

Bagaimanapun, pada 14 Mei, mesyuarat SMM sebulat suara menarik balik pembatalan itu.

Apa yang membangkitkan persoalan ialah keputusan tersebut dicapai selang seminggu selepas penyertaan Farhash dan Amin dalam Bumi Suria.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat