Sabah disenarai 5 negeri teratas sempurnakan projek

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan negeri itu menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelaksanaan pembangunan apabila disenaraikan antara lima negeri teratas di Malaysia dalam penyempurnaan projek dan program pembangunan tahun ini.

Menurut Hajiji sebanyak 1,271 projek sedang dilaksanakan di negeri Sabah merangkumi projek sambungan dan baharu dengan nilai keseluruhan mencecah RM5.9 bilion.

“Sabah terus menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelaksanaan pembangunan apabila disenaraikan antara 5 negeri teratas di Malaysia dalam penyempurnaan projek dan program pembangunan tahun ini.

“Sebanyak 1,271 projek sedang dilaksanakan di negeri Sabah merangkumi projek sambungan dan baharu dengan nilai keseluruhan mencecah RM5.9 bilion.

“Daripada jumlah ini, 1,171 merupakan projek fizikal manakala 100 lagi ialah projek bukan fizikal,” katanya.

Dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) hari ini, Hajiji turut mengingatkan bahawa pencapaian ini harus menjadi dorongan untuk terus bekerja keras untuk memastikan setiap program dan projek disempurnakan dengan cekap supaya dapat memberi manfaat kepada semua rakyat Sabah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat