Projek pelaburan puluh bilion dah dilaksana, jika tak nampak itu masalah mata rabun

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ‘menyekolahkan’ pengkritiknya di Dewan Rakyat apabila menegaskan pelaburan berpuluh bilion yang diumum kerajaan adalah wujud bukannya sekadar pengumuman kosong.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menyebut tiga pelaburan besar yang sudah dilaksana antaranya Google, Nvidia dan Infineon.

“Soal lawatan itu, saya tahu dipermainkan soal isu pelaburan.

“Semalam menteri MITI telah menyebut jumlah pelaburan dan projek yang telah berjalan dan hari ini saya percaya beliau akan menyenaraikan Google di mana, Nvidia di mana, Infineon di mana.

“(Apa yang penting) bukan pengumuman (tapi) pelaksanaannya. Projek berjalan, jadi sepatutnya ahli Parlimen ..kan ada ahli Parlimen Kedah, ada ahli Parlimen Johor tengoklah. Projek tu besar bukan projek kecil yang tak nampak, walaupun cip tu kecil, bangunan tu besar yang itu pun tak nampak.

“Jadi yang terlaksana itu disebut di mana semuanya dan untuk menyatakan pelaburan itu puluh puluh bilion tak nampak apa itu masalah mata rabun bukan masalah saya pergi jumpa pakar mata, kalau tak ada kita minta Azizah bantu,” selar Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Ronald Kiandee (Bersatu-Beluran) dalam sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri pada Selasa.

Anwar menempelak pihak yang mempersoalkan hasil lawatannya ke Perancis dan Itali baru-baru ini dengan menyindir kononnya mereka “mata rabun” kerana gagal melihat potensi besar pelaburan yang telah dibawa pulang ke tanah air.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat