Politik Berasaskan Kerjasama Kunci Kejayaan Negeri – Salleh Keruak

PITAS, – Model politik berasaskan kerjasama dan tolak ansur, bukan dominasi atau perebutan kuasa, adalah kunci kepada kejayaan Sabah sebagai sebuah negeri pelbagai kaum dan budaya, kata Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak.

Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN) Sabah itu menegaskan, pendekatan inklusif yang diketengahkan melalui kerjasama BN-Pakatan Harapan Plus membuktikan keikhlasan untuk mewujudkan keterwakilan adil bagi semua kumpulan, khususnya komuniti Bumiputera.

“Tiada kumpulan akan dipinggirkan walau sekecil mana pun. Politik kita perlu kembali kepada asas perpaduan dan saling menghormati,” katanya dalam Program Radu Tatap Radu di PDM Senaja, DUN Bengkoka.

Salleh turut menyuarakan kebimbangan terhadap corak politik dominan yang wujud sejak beberapa dekad kebelakangan ini, yang katanya telah menghakis semangat perkongsian kuasa dalam kalangan kumpulan etnik seperti Dusun, Murut, Bajau, Suluk, Iranun, Kadazan dan Rungus.

“Perjuangan sebenar bukan berebut jawatan, tetapi menjadikan Sabah nombor satu, mendahulukan rakyat dan masa depan bersama,” tegasnya.

Beliau menekankan bahawa pelantikan politik harus dibuat berlandaskan prinsip keadilan dan penyertaan menyeluruh, bukannya memburu kuasa secara rakus.

“Prinsip ‘pemenang tidak mengambil semua’ akan menjamin keharmonian dan kepimpinan yang dikongsi. Ini bukan hanya strategi politik, tetapi asas kepada kestabilan jangka panjang,” katanya.

Salleh turut menyebut Bengkoka sebagai contoh kawasan Bumiputera pelbagai kaum yang boleh menjadi model perpaduan dan keseimbangan politik baharu di Sabah.

Dalam masa sama, beliau tidak mengetepikan peranan komuniti bukan Bumiputera dalam menyumbang kepada pembangunan negeri, dengan menekankan pentingnya maruah, kesaksamaan dan tanggungjawab bersama dalam memacu Sabah ke hadapan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat