Demo Turun Anwar : Penjawat Awam Tidak Boleh Ikut Serta – KSN

PUTRAJAYA, 20 Julai — Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menegaskan bahawa penjawat awam tidak seharusnya mengambil bahagian dalam perhimpunan awam yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Sabtu, 26 Julai ini.

Menurut laporan Bernama, beliau menekankan bahawa tindakan menyertai perhimpunan seperti itu bertentangan dengan prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara yang menjadi tonggak dalam Rukun Negara, yang diikrarkan oleh penjawat awam setiap hari.

“Mereka penjawat awam, mana boleh turun. Setiap hari, setiap minggu kita baca ikrar, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara, lupakah? Taatlah kepada Raja dan Negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA Malaysia) di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan antara 10,000 hingga 15,000 orang akan menyertai ‘Himpunan Turun Anwar’ yang dijadualkan pada 26 Julai ini.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata bahawa pihak polis akan memudahcara penganjuran perhimpunan tersebut, namun mengingatkan semua pihak untuk mematuhi peruntukan undang-undang seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kawalan keselamatan akan dilaksanakan secara profesional oleh PDRM bagi memastikan ketenteraman awam terpelihara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat