Sudahla biadab sorok titah, derhaka pula kepada raja – Akmal bidas PKR

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh mendakwa adalah tindakan lebih biadab apabila titah addendum terkait pengampunan dan pengurangan hukuman kepada Datuk Seri Najib Razak yang diutus Yang di-Pertuan Agong ke-16 disorok.

Akmal malah mendakwa tindakan itu bukan sekadar biadab malah derhaka terhadap raja.

“Lebih biadab lagi orang yang sorokkan titah Agong walaupun telah disahkan ada kewujudannya oleh peguam negara dan membohong rakyat dengan pelbagai janji!

“Bukan setakat biadab,tetapi derhaka pula pada raja.

“Tolong bagi cermin kat dia ni,” gesa Akmal.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada Ketua Cabang PKR Cabang Gerik Dr Ahmad Safwan Mohamad yang menyebut desakan terbuka segelintir Ketua Bahagian Umno yang menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim segera melaksanakan titah addendum berhubung isu pengampunan terhadap Najib disifatkan sebagai tindakan tidak beradab dan biadab terhadap ketua kerajaan.

Kata beliau, tindakan sedemikian bukan sahaja memberi tekanan tidak wajar kepada Perdana Menteri malah berisiko mengelirukan rakyat serta mencemar prinsip pengasingan kuasa dan kedaulatan undang-undang.

Menurutnya, desakan itu seolah-olah memperlekeh peranan Perdana Menteri sebagai pemimpin yang sentiasa menjunjung tinggi institusi Raja-Raja Melayu serta proses perundangan negara.

“Perlu difahami bahawa isu ini kini berada dalam bidang kuasa Mahkamah Persekutuan setelah melalui pelbagai peringkat kehakiman.

“Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa mutlak untuk melaksanakannya kerana keputusan akhir adalah tertakluk kepada proses mahkamah dan Lembaga Pengampunan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, seramai 145 Ketua Umno Bahagian seluruh negara mendesak Anwar mengambil tanggungjawab penuh melaksanakan titah addendum bagi membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat