KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu melabel Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tokoh besar dalam sejarah politik dan pembangunan negara yang telah melalui pelbagai fasa perjuangan, termasuk sentiasa lantang membela hak Palestin serta mengutuk kekejaman Zionis dan sekutunya.
“Bang Mat ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-100 kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Tun merupakan tokoh besar dalam sejarah politik dan pembangunan negara yang telah melalui pelbagai fasa perjuangan, termasuk sentiasa lantang membela hak Palestin serta mengutuk kekejaman Zionis dan sekutunya.
“Seratus tahun satu tempoh yang luar biasa. Ia melambangkan keteguhan prinsip dan dedikasi yang luar biasa terhadap negara dan arena antarabangsa.
“Semoga Tun terus dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,” ucap Presiden Amanah itu.