Kerajaan tegas tak tangguh projek Kota Madani, penjawat awam perlukan kediaman – Zaliha

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan menolak gesaan Ketua Pemuda Pas Afnan Hamimi Taib Azamudden untuk menangguhkan projek Kota Madani kerana pembangunannya diperlukan untuk keperluan penjawat awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata sekitar 17,000 penjawat awam memerlukan kediaman di pusat pentadbiran Putrajaya.

“Maka unit kita bina nanti dalam Kota Madani dapat bantu sedikit sebanyak menyelesaikan masalah rumah ataupun kuarters diperlukan penjawat awam,” katanya selepas satu program, lapor FMT pada Khamis.

Selasa lalu, Afnan yang juga Ahli Parlimen Alor Setar menggesa kerajaan menangguhkan pembinaan Kota Madani dengan alasan hutang negara semakin melebar dan kesulitan ekonomi rakyat.

Beliau turut mempersoalkan pulanga yang bakal diwarisi generasi muda dengan beban hutang yang bakal ditinggalkan melalui pembinaan Kota Madani.

Pembangunan Kota Madani di Presint 19 Putrajaya yang dilancarkan pada 26 Jun lepas adalah inisiatif berkonsepkan bandar pintar yang mesra rakyat dan alam sekitar.

Projek bernilai RM4 bilion itu akan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH) menerusi model kerjasama awam-swasta berkonsepkan Bina-Pajak-Selenggara-Pindah (BLMT) tanpa melibatkan peruntukan kerajaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat