Pengeluar ais, pembekal makanan sejuk beku tangguh kenaikan harga

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Syarikat pengeluar ais dan pembekal makanan sejuk beku yang tular kerana didakwa akan menaikkan harga produk mereka, bersetuju menangguhkan cadangan itu selepas perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Sebelum ini, tular di media sosial mendakwa sebuah syarikat pengeluar ais akan menaikkan harga produk daripada RM3.70 kepada RM6 untuk sebongkah ais, manakala syarikat makanan sejuk beku pula didakwa bakal menaikkan harga produk sebanyak 10 peratus bermula bulan ini.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata dalam pertemuan kelmarin, pihak kementerian turut mendapatkan penjelasan wakil syarikat berkenaan berhubung maklumat tular di media sosial yang mendakwa mereka akan menaikkan harga susulan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

“Menerusi perjumpaan 1 Julai lalu, kedua-dua pihak tidak menyebut SST sebagai alasan kepada kenaikan terbabit, mereka menyebut faktor antaranya adalah disebabkan kos operasi,” katanya.

Beliau menjelaskan demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi Rakan Strategik Penguatkuasaan Sempena Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN Ke-53, lapor BH di Putrajaya pada Khamis.

Pada pertemuan dengan wakil dua syarikat itu juga, Armizan berkata, mereka bersetuju menangguhkan cadangan menaikkan harga produk masing-masing.

“KPDN turut memberi nasihat sewajarnya kepada wakil syarikat itu. Jadi setakat ini mereka menangguhkan cadangan awal untuk menaikkan harga bermula Julai ini ke satu tarikh yang akan diumumkan nanti untuk mereka melihat secara keseluruhan.

Katanya, jika benar syarikat itu berhasrat menaikkan harga produk masing-masing, ada maklumat tertentu yang mereka perlu kemukakan seperti dituntut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya terus membuat aduan kepada pihak berkuasa jika terdapat mana-premis yang sengaja menaikkan harga barangan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat