Umno Perkemas Dokumen Akuan Bersumpah Hadapi PRN Sabah

- Advertisement -

CYBERJAYA — Umno kini sedang memperkemaskan dokumen Akuan Bersumpah (SD) yang akan ditandatangani oleh calon-calon parti itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata penambahbaikan terhadap dokumen tersebut dibuat dengan mengambil kira suasana politik semasa, namun masih berpandukan format terdahulu yang digunakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“PRN Sabah kita akan guna template yang sama tapi ia diperkemas berdasarkan suasana semasa, ada penambahbaikan.

Setakat ini kita merasakan bahawa dokumen SD yang dimeterai dalam PRU lepas sebenarnya mencukupi,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Machang yang berlangsung di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu, malam tadi. Turut hadir ialah Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Jazlan Yaakub.

Asyraf turut memaklumkan bahawa dokumen tersebut sedang diperhalusi oleh barisan peguam parti termasuk Ketua Penerangan Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said, bagi memastikan ia kekal relevan dan mengikat dari sudut perundangan.

PRN Sabah dijangka berlangsung tidak lama lagi, memandangkan penggal lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 November 2025, membuka laluan kepada proses pilihan raya baharu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat