Kediaman disediakan pihak universiti dan tiada kesan pecah masuk, polis sahkan mangsa tak diperkosa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis sekali lagi menjelaskan tiada bukti dan kesan diperkosa ditemukan pada mayat seorang wanita yang maut di Cyberjaya, di Sepang awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Norhizam Bahaman memaklumkan, perkara itu susulan ada dakwaan dan laporan berita mengaitkan kononnya mangsa terlebih dahulu diperkosa sebelum dibunuh.

“Disahkan tiada kejadian diperkosa,” katanya ketika dihubungi lapor Utusan pada Khamis.

Sebelum ini, ada laporan berita menyatakan bahawa mangsa ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian dan ada kesan cecair pada tuala.

Selain itu, Norhizam turut mengesahkan bahawa unit kediaman di Mutiara Ville, Cyberjaya yang didiami mangsa telah disediakan oleh pihak universiti.

Media sebelum ini melaporkan, seorang penuntut sebuah universiti di Cyberjaya ditemukan maut dipercayai dibunuh.

Norhizam dilaporkan berkata, mangsa dikenali sebagai Maniishapriet Kaur Akhara, 20, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Terdapat kesan kecederaan pada di bahagian kepala mangsa. Namun hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk di unit kediaman mangsa,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat