Ancam keselamatan awam, MOT desak polis ambil tindakan lebih tegas terhadap pencuri kabel

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tindakan undang-undang lebih tegas perlu diambil bagi kesalahan mencuri kabel berikutan tindakan jenayah itu bukan kesalahan biasa, sebaliknya membabitkan keselamatan awam.

Menteri Pengangkutan (MOT) Anthony Loke berkata, beliau sudah menghubungi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu.

Katanya, beliau juga secara terbuka sebelum ini telah meminta pihak polis untuk mengambil tindakan bukan hanya di bawah kesalahan mencuri kerana perbuatan ini membabitkan keselamatan umum dan menjejaskan keselamatan awam serta negara.

“Tindakan lebih tegas di bawah undang-undang ketat perlu diambil dan terpulang kepada pihak polis untuk mengambil tindakan namun kita tidak boleh memandang mudah berhubung ancaman kepada keselamatan awam,” katanya pada sidang media di kementeriannya, di Putrajaya pada Isnin.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha MOT, Datuk Jana Santhiran Muniayan dan Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud.

Anthony Loke berkata demikian ketika ditanya berkenaan kebimbangan berhubung kes kecurian kabel yang boleh menjejaskan perancangan dan jadual operasi tren projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Kebimbangan itu disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Darwis Abdul Razak memaklumkan, beberapa kejadian kecurian kabel dikesan di lokasi tertentu sepanjang jajaran ECRL merentas Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor, lapor BH.

Bercakap kepada pemberita di Beijing, China, semalam, Darwis berkata, perkara itu bukan saja meningkatkan kos baik pulih dan penggantian, malah berisiko menunda jadual ujian dan pentauliahan tren yang dijangka bermula Jun 2026.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat